Senin, 15 April 2013

Berkenalan dengan psikologi kognitif



PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF 

Psikologi kognitif merupakan perspektif secara teori yang memfokuskan pada dunia persepsi 
pemikiran ingatan manusia. Ia menggambarkan pelajar sebagai proses maklumat yang aktif 
menyerupai metafora dunia komputer. Pada pandangan psikologi kognitif, cara pelajar 
menambahkan maklumat menentukan pencapaian tahap kefahaman mereka. 
 Sebilangan konsep yang berkuasa telah muncul dalam psikologi kognitif dengan 
setiapnya menjelaskan pertimbangan kuasa pendidikan. Antara konsep-konsep ini termasuk 
skemata iaitu idea yang menggambarkan rangka kerja mental untuk pemahaman, pembentukan 
ingatan iaitu pandangan menyatakan pengetahuan adalah direka oleh pelajar apabila mereka 
menghadapi situasi baru dan tahap memproses iaitu tanggapan bahawa ingatan adalah keluaran 
sampingan dari proses maklumat yang diterima. Disebabkan psikologi kognitif semakin 
berkembang dalam bentuk yang lebih matang, ia mula memasukkan pengaruh sosial dalam 
perkembangan kognitif, perhubungan antara kognisi dan motivasi, kesedaran diri, strategi 
kognitif dan perkembangan kepakaran subjek dalam bidang matematik dan sains. 

SEJARAH RINGKAS 
ERA PERKAITAN 
Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri terhadap dunia ini. “Hipotesis dunia” (Pepper, 
1942/1961) memandu pemerhatian, tindakan dan kefahaman tentang pengalaman kita sebarang 
perspektif teori dalam psikologi sama meletakkan pada pandangan dunia tertentu. Psikologi 
kognitif merupakan salah satu perspektif teori, ia menentukan bahwa tujuan psikologi saintifik 
adalah untuk memerhatikan tingkah laku-tindak balas individu yang boleh menjelaskan tindakan 
yang kita lihat. Dalam psikologi kognitif, pemerhatian digunakan untuk menghasilkan 
kesimpulan tentang faktor-faktor pemikiran, bahasa, maksud dan imejan. Bidang psikologi 
kognitif cuba membina penjelasan yang formal dan bersistematik tentang keaslian dan fungsi 
proses mental kita. 

ALASAN MEMPELAJARI PSIKOLOGI KOGNITIF 
ada sejumlah alasan mengapa psikologi kognitif perlu dipelajari, Matin mengemukakan tiga alasan mempelajari psikologi kognitif yaitu : kognisi merupakan satu bagian utama dalam studi mengenai psikologi manusia, pendekatan psikologi kognitif telah berpengaruh secara luas pada bidang psikologi lain seperti psikologi sosial, psikologi pendidikan, psikologi perkembangan dan psikologi kesehatan. psikologi kognitif juga mempengaruhi disiplin ilmu lain, misalnya terdapat jurnal psikologi politik yang mengkaji sumbangan faktor kognitif terhadap situasi politik. 

sumber :

Tidak ada komentar:

Posting Komentar